Naperlah malang nasibku..blog ku "Seindah Sinaran KasihMu" x boleh dibuka gara-gara gmailku tak boleh dibuka..bila reset password pun sampai sekarang tak dapat lagi..dahla aku baru belajar bukak blog nie nampaknya aku kena bertapa balik belajar tentang blog nie..Dah banyak entry yang aku dah masukkan..Bila bukak secara biasa boleh jer jadi aku tak boleh nak masukkan entry kat blog aku yang lama tu..nampanknya aku kena copy paste satu dalam blog yang baru nie...
Thursday, 29 December 2011
Tuesday, 27 December 2011
Jalan-Jalan Mines Krismas 2011
Darwisy asyik nak tgk ikan jer bila sampai sana..Dah lama btul kami x ke Mines sejak ada adik lum datang lagi..bukannya apa bila jalan abang lak buat perangai..x larat nak jalan la..ni pun pergi my mum n adik ada..round2 tgk ikan kt tasik..besar-besar ikan kat situ..lupalak nak snap ikan-ikan kat situ..round punya round..bila sampai tempat mainan apa lagi abang request nak naik la..habis semua kete nak di naiknya...adik pun nak naik juga..hu..hu...adik pun dh pandai nie..ikut abang la nie...
Monday, 26 December 2011
Pulut Sekaya
Dah lama rasa nak makan kuih nie..lau kami orang pantai timur pulut sekaya ni banyak time bulan Ramadhan di Bazar Ramadhan..aku mmg suka kuih nie..dah lama nak buatnyer tapi tak jumpa resepi so bila mengodek-dodek tenet ada resepi yang ori dari kelate mmg bestla blog tu sbb semua resepi ore kelate mmg sesai dengan aku yang suka manis-manis nie..
tapi macam biasalah sbb xder loyang so aku bantai jer dlm periuk..lau nak cantik mesti dalam loyang la..so oklah sbb first time buat..mmg menjadi lain kali buat lagi...
Bahan2nya:
* Secawan beras pulut *untuk lebih tebal lapisan pulut boleh buat secawan setengah*
* pati santan setengah cawan dicampur dengan air masak
* 4 biji telor
* 2 keret manisan siam
* daun pandan di simpul
* secubit dua garam
Cara:
1. Cairkan manisan + sedikit air + daun pandan yang disimpul.
2. Kukus pulut + santan + sedikit garam + daun pandan yang disimpul. Santan paras2 tenggelam pulut.
3. Bila manisan dah cair, keluarkan daun pandan dan sejukkan sebentar.
4. Kepok telor kemudian masukkan manisan. Kepok lagi biar mesra ke dua-duanya. Tambahkan secubit dua garam.
5. Bila pulut masak, keluarkan daun pandan, karih2kan pulut biar serata kemudian tekan2 kan sedikit biar padat di dalam loyang.
6. Kukus balik pulut selama 5 minit.
7. Sesudah itu taburkan sedikit gandum di atas pulut lalu dicurahkan adunan telor dan manisan ke atas nya.
8. Kukus lah sampai masak +- 15 hingga 20 minit.
9. Tunggu sejuk, baru elok untuk dihidangkan.....
Saturday, 24 December 2011
Kuah Kacang Dan Nasi Impit
Cuti-cuti kt rumah jer sebb my mum n adik pun dah ada kat umah..so xderlah mcm orabg lain yang cuti2nyer balik kg sebab aku orang kampung dah ada kt bandar..seronok memhabiskan masa bersama keluarga tersayang..so apa lagi bila mak ada so kita makan-makan menambahkan kalori lah pulak..hu..hu... so menu pagi ni kuah kacang bersama nasi impit..nasi impit ni aku beli yang siap dah siap masak atas dapur..tapi berjam-jam jugaklah ..kuah kacang macam biasa my mu aku yang buat..bukan susah pun taoi sengaja nak rasakan air tangan my mum pulak..dulu pun aku pernah buat juga tapi macam kureng pula..
memang berbaloi buat sebab semua mmg suka kecuali papa jer yang x suka sebab xder sate..so kami jerla yang layan..
Bahan-bahan
15 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
4-5 sudu cili kisar
3 batang serai – dititik
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
500g kacang tanah
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum dimasukkan kacang tanah dan gula melaka. Masukkan sedikit air jika kering.
Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.Thursday, 22 December 2011
Friday, 16 December 2011
Triffle
Bahan-Bahan
1 tin susu cair
1 sd besar gula (secukup rasa-nk manis tambah lagi)
½ cawan tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
1 biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona(perisa Rasberry)
1 mangkuk air panas
Cara-cara
Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul kerTuesday, 13 December 2011
Pengat Durian
Inilah rupanya pengatku yang telah dihidang.
Bahan-Bahan
beberapa ulas buah durian
gula melaka
santan
Daun pandan
garam
pulut
Cara-cara
- Masukkan santan, gula melaka,sedikit garam dan masak atas api yang perlahan
- Masukkan beberapa ulas durian dan daun pandan
- kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasa, setelah cukup masak bolehlah angkat.
-tanak pulut atas api yang sederhana.
- dah boleh hidangkan kuh bersama pulut tersebut.
Thursday, 8 December 2011
Bubur Bayam
Bila hari minggu cuba untuk buat yang terbaik untuk anak-anak..so aku ambil kesempatan waktu cuti ini buat bubur nasi tuk my bb sbb dia xnak makan nestum or bubur kosong..so akubuatkan bubur bayam bersama ayam..
Bahan -bahan
sedikit beras
bayam
ayam
Cara-Cara
masakkan nasi atas dapur sehingga menjadi kembang dan lembik,masukkan bayam dan ayam kacau lagi.lepas tu masukkan dalam blend dan kisar sehingga halus.
Dengan harapan agar adik makan..
Time to eat;;
mama akan buat lagi tuk adik yer.
Monday, 5 December 2011
Cucur Telur
Hari minggu yang bosan sebab sabtu papa keje sbb papa dah mula keje kt tempat baru..tapi xper berkorban untuk mencari rezeki tuk kami sekeluarga..biasanya pagi2 papa akan jaga adik sementara mama masak..namu pagi nie mama berkejar2 kesorangan letak adik dlm walker..abang ok jer sebab layan kartun kt Tv..pagi nie menu bee hoon gorengan ngan cucur telur..ni mmg fav abag nie.. beehoon lupa lak nak snap...cucur nie merangkap petang gak..so layanlah kami dgn bekfest nie...nak jadikan citer masak cucur smp melecur tangan mama terkena minyak panas...naper la..x pernah jadi sebelum nie..tapi tuk anak tersayangkan...mama rela berkorban..cehh..ceh...he..he..
Thursday, 1 December 2011
Kuew Teow Goreng
Tak tahu nak masak apa..selepas ambik anak-anak kt umah opah..singgah kat Pasaraya Darul Salam Presint 9 utk beli barang dapur sebab kat dapur lauk pauk memang dah xder..so aku memang suka beli barang kat situ disebabkan harganya perpatutan..beli cikit2 pun habis gak la RM50.
Pastu nak masak nasi macam x der nafsu nak makan nasi lak malam nie..so aku tanya papa nak makan apa..papa cakap apa2 jer..aku suka sebab papa x kisah makan apa pun so aku masak kuew teuw gorenglah..sebelum nie aku x pernah masak menu ni ntah kenapa sbb bila pegi kedai x terbeli lak benda alah nie..ngan tiba2 jer tadi terbeli..so dinner kami malam ni keuw teow goreng jerlah..cara masaknya sama jerlah ngam meehoon n mee..
Bahan2..
sebungkus kuew teow
3 ulas bawang merah
2 ulas bawah putih
1 btg carrot
isi ayam
1 biji telur
2 sudu cili kisar
secubit garam
kicap (secukup rasa)
sos tiram (secukup rasa)
cara menyediakan
-tumbuk bawang putih,bawang merah.tumis bahan tersebut dan juga cili giling,tumis sampai nak bau
- masukkan ayam dan juga carrot...masukkan kicap,sos tiram, garam dan juga telur.
-last sekali masukkan kuew teow..goreng sampai mesra...
- angkat dan hidangkan...
Kek Coklat Kukus
Dah lama btu tak buat kek coklat ni..aku memang suka makan sebenarnya selalunya asyik makan ngan kawan kt ofis jer..kwn aku tue mmg pandai baking membaking ni..ni pun belajar dari dialah buat kek kukus nie..terpaksalah buat keke kukus jer memandangkan oven pun belum ada lagi..ntah bila nak beli oven nie mmg ada hati sebab nti nak buat kek yang bakar lah..insyaallah bonus nti akan ku beli....atually buat kek ni hari ahad masa cuti awal muharam..ramai kt umah tue keluarga mertua datang..bila petang adik pun tdo abang pula papa bawa g jalan ngan mertua aku malas kuar sbb petang2 hujan lagipun adik masih kecik lg..so aku buat projek kek kukus nie...
setelah dikeluarkan dr pengukus..letak dalam periuk jer sbb loyang xder..hu..hu...
selepas dikeluarkan dari periuk..burukknyer..habis pecah2 kt tepi...
wajah selepas dicurahkan coklat cair dan dihiasi..oklah ckit sbb bru belajarkan..lain kali nak buat dalam cup lak..lau buat dlm cup xderlah nampak buruk mcm nih..hu..hu..
Yang penting semua suka..anakku bila tgk kek macam ni..'kek to u'..'kek to u' mmg x diam lah..
Walau wajahnyer macam tu habis licin gak sebab ramaikan..seronok buat makan2 nie bila ada yang dapat menghabiskan..
KEK COKLAT KUKUS
Bahan A:
1 3/4 cawan gula- kalau rasa suka manis leh la boh 2 cawan tp kalau letak toping, x yah la manis sgt sbb toping pun dh manis
1 cawan minyak jagung- kalau x dak hentam je la minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila- x da dlm pic sbb lupa boh
1 cawan susu cair (bukan susu pekat manis yer..)
1 cawan air
1 cawan minyak jagung- kalau x dak hentam je la minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila- x da dlm pic sbb lupa boh
1 cawan susu cair (bukan susu pekat manis yer..)
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
(ayak bahan2 ni)
2 biji telur- blender / pukul kembang
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
(ayak bahan2 ni)
2 biji telur- blender / pukul kembang
cara:
1. ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
2. campur semua bahan A dlm periuk- panaskan atas api yg kecil sampai gula larut- jgn buka api besar, nti rasa hangit. bila gula dh larut, tutup api. alihkan dari dapur.
3. masukkan telur dan gaul rata..
4. masukkan tepung yg diayak td skit2..sambil gaul..sampai semua abis...
1. ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan
2. campur semua bahan A dlm periuk- panaskan atas api yg kecil sampai gula larut- jgn buka api besar, nti rasa hangit. bila gula dh larut, tutup api. alihkan dari dapur.
3. masukkan telur dan gaul rata..
4. masukkan tepung yg diayak td skit2..sambil gaul..sampai semua abis...
bila dh siap semua, kalau rajin, tapis adunan ni (dinasihatkan agar anda rajin)bukan apa, kekadang ada tepung yg masih ketul2 tu..kalau tapis, baru la halus mulus je adunan tu..guna penapis santan tu, kalau penapis teh, sampai esok pun x siap
utk adunan ni, sesuai kalau nk kukus ataupun bakar
pic kt bwh aku kukus 2 biji je..
saiz kecil utk tunjuk contoh
kalau guna acuan kecil mcm tu-kukus dlm 15-20 mnt
tp kalau kukus dlm loyang- 1 jam 1/4 mnt
satu lg, kalau nk wat utk majlis budak2, elok bebenor kukus dlm bekas kecil tu..nti x yah nk kuarkan dh dari bekas tu..
terus curah toping kat atas je...
(tp just letak x sampai separuh dr bekas tu, sbb nti dia akan naik, pastu nk letak toping lg, x cantik lak melekat kt tudung nti)
Subscribe to:
Posts (Atom)