klik-klik

Klik Me

Must Look

Friday, 16 December 2011

Triffle


Triffle dah lama sebenarnya disebabkan kesibukkan lupa nak masuk dalam blog nih..ni merupakan pertama kali buah gak nih..so far alhamdulillah lah menjadi..senang sebenarnya puding nih..

Bahan-Bahan

1 tin susu cair
1 sd besar gula (secukup rasa-nk manis tambah lagi)
½ cawan tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
1 biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona(perisa Rasberry)
1 mangkuk air panas
Cara-cara
Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul ker

No comments:

Post a Comment