klik-klik

Klik Me

Must Look

Tuesday 22 November 2011

Laksa Kelantan



My mum sampai magrib pada 20/12/2011..happy sangat setelah sekian lama sebab dah lama aku tak jumpa my mum..happy sangat bila orang-orang yang tersayang berada kat depan mata..rasanya semuanya sempurna tanpa memikirkan ketakutan,kegelisahan dan juga kebimbangan..macam biasalah my mum bila datang macam-macam dibawanyer beras,budu makanan lain..amat terharu rasanya..itulah kasih ibu kepada anaknya..aku amat memahami,.

so aku mmg xder mood nak kerja sementara my bb pun x berapa sihat so berkampung la kami kat umah..seronok sangat..my mum bawa laksa dan laksam dari kelantan lagi so pagi ni kami buat kuah lasa pagi2 lagi cos kelurga mertua dah nak pulang ke Bera dah sebb bapa mertua terpaksa kerja..so aku tapaukan kt mertua laksa tersebut..


Lama betul dah aku tak makan laksa hasil air tangan my mum..best sangat..so kami dapat menikmati sepuasnya..Darwisy apa lagi favnyer laksam..berkali2 makan...mmg suka sangat tue..

Tuesday 15 November 2011

Pil Perancang Yasmin

Akhirnya tanggal 13 Nov 2011 datang juga periodku setelah umur adik dah 6 bulan...alhamdulillah mmg lama btul nak dtg erk bila menyusu bayi nih..sbb aku xder pengalaman sebelum nie sbb abang dulu menyusu masa dalam pantang jer..so bila dh datang tue mulalah aku nak rancang gak lah nak cuba pil perancang. bila google kat internet ramai yang cakap pil yasmin paling elok.aku mmmg cari pil yang tidak mengeringkan atau mengurangkan susu memandangkan aku memang menyusu anak.

Bila datang ofis aku tanya cc tmpt aku sbb dia pun guna gak benda nie...patutnya kena makan hari pertama period tapi aku tak tahu memandangkan pil tu pun belum beli lagi..alamak macam mana nih tapi cc ckp xper hari kedua pun sbb masih awal lagi..alhamdulillah cc belikan utk aku memandang dia keluar waktu lunch..harga nya oklah kt watson RM 49.90..harap aku dapat mantaian makan pil nie..

Balik umah lepas makan malam aku ambil pil nie..ckp juga kat hubby nti tlg ingatkan yer sbb risau kot terlupa makan.,.,.papa gelak jer,...aku cakap serius la...
Panduan menggunakan pil perancang yasmin:-
1.Waktu Period
Waktu paling baik untuk mengambil pil yasmine adalah hari pertama pendarahan (period). Anda akan dilindungi daripada mengandung secara terus dan tidak memerlukan menggunakan cara lain (e.g condom). Anda juga boleh mula mengambil pil yasmine dalam lime hari pertama pendarahan tanpa perlu menggunakan cara lain ketika bersama suami. Tetapi sekiranya period anda pendek katakan 21 hari atau kurang, pengambilan pada hari keempat atau kelima belum tentu mengelakkan diri anda daripada mengandung maka perlu menggunakan cara lain ketika bersama (e.g condom).
2. Selain waktu period
Anda juga boleh mengambil pil ini di masa lain selain waktu pendarahan tetapi anda perlu memastikan dengan doktor bahawa anda tidak mengandung ketika hari pengambilan. Kelemahan waktu ini adalah anda tidak dilindungi daripada mengandung secara terus maka perlu gunakan condom atau cara lain dalam masa 7 hari pertama selepas pengambilan pil. Katakan anda ambil pil pada 3/11, maka sekiranya anda bersama suami selepas 7 hari iaitu 11/3 anda tidak mengandung. Tetapi jika hari sebelum 11/3, anda berkemungkinan mengandung maka perlu gunakan condom atau cara lain ketika bersama.
3. Selepas bersalin
Sekiranya anda baru lepas bersalin, anda boleh mengambil pil ini dalam 21 hari selepas bersalin dan dilindungi sepenuhnya. Sekiranya selepas hari 21, ya, anda perlu gunakan condom atau pencegah kehamilan yang lain ketika masa bersama tersebut.
4. Selepas gugur kandungan
Pengambilan dalam masa 7 hari selepas keguguran akan melindungi anda. Pengambilan selepas 7 hari memerlukan anda menggunakan condom atau cara lain ketika bersama.
Kebaikan pil yasmin yang aku tahu adalah :
1) dapat menurunkan berat badan...
2) mencantikkan kulit sbb ada colagen
3) hormon tidak terganggu
Namun sebalik kebaikan ada juga keburukkan iaitu menyebabkan proses pembekuan lambat sikit contohnya kalau luka darah lambat cikit nak berhenti..

Wednesday 9 November 2011

Puding Roti










Puding yang mmemang nya senang dan anakku darwisy mmg sukanya..untuk memudahkan makan aku buat dalam bekas kecik2 senang darwisy nak menyedok ngan sudu...Inilah hasilnya mmg dapat banyak bekas..Resepi nie dari kawan ofis( nuanza.) Aku buat ikut color tersendiri aku letak perisa ros jer..




puding roti mudah- sumber dari MyResipi
bahan:
4 keping roti- carik2an 1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula
2 biji telur
8 gm serbuk agar2
3 1/2 cawan air
2 susu besar mentega
Sirap ros secukup warna..
cara:
masak agar2 dengan air sampai larut kemudian masukkan gula dan biarkan mendidih blender roti + telur + susu cair + susu pekat manis pastu masukkan dalam periuk agar2 pastu masukkan mentega
Masukkan pewarna sirap dan kacau sampai adunan jd pekat- masukkan dalam loyang atau apa2 bekas
sejukkan dalam peti ais sampai membeku
siap utk dimakan!

Puding kastad kismis Berkuah



Bila tiba hari minggu mmg x boleh dok diam asyik nak makan jer..sekarang nie lebih suka ke desert so godek2 dapur tgk apa yang ada..so trpk nak buat puding yang senang jer sbb xyah kukus n bakar sbb lau bakar kena ada oven..oven x terbeli2 lagi ntah bila la nak beli oven nie teringin gak nak buat kek sendiri..tgklah lau ada rezeki bonus bulan Dec nie lah...oklah nilah rupanya puding kastad kismis ku..boleh la buat nk makan2 jer...

nilah rupanya setelah diletakkan dlm bekas dan ditaburkan kismis

Kuahnya yang sedang dimasak atas dapur

siap dicedok atas pinggan dan siap utk dimakan
(seeloknya disimpan dlm peti ais dan makan sejuk2 mmg best sbb aku suka)
lebih nak sedap lagi letak buah koktail dalam kuah -disebabkab buah koktail xder belasah macam tu jerla tapi aku suka..en hubby pun suka tapi Darwisy jer yg x berapa suka..