Akhirnya tanggal 13 Nov 2011 datang juga periodku setelah umur adik dah 6 bulan...alhamdulillah mmg lama btul nak dtg erk bila menyusu bayi nih..sbb aku xder pengalaman sebelum nie sbb abang dulu menyusu masa dalam pantang jer..so bila dh datang tue mulalah aku nak rancang gak lah nak cuba pil perancang. bila google kat internet ramai yang cakap pil yasmin paling elok.aku mmmg cari pil yang tidak mengeringkan atau mengurangkan susu memandangkan aku memang menyusu anak.
Bila datang ofis aku tanya cc tmpt aku sbb dia pun guna gak benda nie...patutnya kena makan hari pertama period tapi aku tak tahu memandangkan pil tu pun belum beli lagi..alamak macam mana nih tapi cc ckp xper hari kedua pun sbb masih awal lagi..alhamdulillah cc belikan utk aku memandang dia keluar waktu lunch..harga nya oklah kt watson RM 49.90..harap aku dapat mantaian makan pil nie..
Balik umah lepas makan malam aku ambil pil nie..ckp juga kat hubby nti tlg ingatkan yer sbb risau kot terlupa makan.,.,.papa gelak jer,...aku cakap serius la...
Panduan menggunakan pil perancang yasmin:-
1.Waktu Period
Waktu paling baik untuk mengambil pil yasmine adalah hari pertama pendarahan (period). Anda akan dilindungi daripada mengandung secara terus dan tidak memerlukan menggunakan cara lain (e.g condom). Anda juga boleh mula mengambil pil yasmine dalam lime hari pertama pendarahan tanpa perlu menggunakan cara lain ketika bersama suami. Tetapi sekiranya period anda pendek katakan 21 hari atau kurang, pengambilan pada hari keempat atau kelima belum tentu mengelakkan diri anda daripada mengandung maka perlu menggunakan cara lain ketika bersama (e.g condom).
2. Selain waktu period
Anda juga boleh mengambil pil ini di masa lain selain waktu pendarahan tetapi anda perlu memastikan dengan doktor bahawa anda tidak mengandung ketika hari pengambilan. Kelemahan waktu ini adalah anda tidak dilindungi daripada mengandung secara terus maka perlu gunakan condom atau cara lain dalam masa 7 hari pertama selepas pengambilan pil. Katakan anda ambil pil pada 3/11, maka sekiranya anda bersama suami selepas 7 hari iaitu 11/3 anda tidak mengandung. Tetapi jika hari sebelum 11/3, anda berkemungkinan mengandung maka perlu gunakan condom atau cara lain ketika bersama.
3. Selepas bersalin
Sekiranya anda baru lepas bersalin, anda boleh mengambil pil ini dalam 21 hari selepas bersalin dan dilindungi sepenuhnya. Sekiranya selepas hari 21, ya, anda perlu gunakan condom atau pencegah kehamilan yang lain ketika masa bersama tersebut.
4. Selepas gugur kandungan
Pengambilan dalam masa 7 hari selepas keguguran akan melindungi anda. Pengambilan selepas 7 hari memerlukan anda menggunakan condom atau cara lain ketika bersama.
Kebaikan pil yasmin yang aku tahu adalah :
1) dapat menurunkan berat badan...
2) mencantikkan kulit sbb ada colagen
3) hormon tidak terganggu
Namun sebalik kebaikan ada juga keburukkan iaitu menyebabkan proses pembekuan lambat sikit contohnya kalau luka darah lambat cikit nak berhenti..
No comments:
Post a Comment